Monday, 27 January 2014 | 27.1.14 | 0 comments
Assalamualaikum
Apa khabar semua ? sihat ? iman , amal cam na ? sihat ? . semoga iman kita tidak berada di takuk yg sama . in sha Allah . ameen .
Ok untuk entry kali ni syu nak promot sikit Halfmoon Wide Shawl yg syu sendiri buat .
syu terfikir nak buat shawl ni sebab susah nak jumpa jenis yang labuh dekat kedai . so , idea nak jahit ni pun datang . em mulanya nak buat untuk diri sendir ja . tapi ramai pulak yg bertanya . so , syu mula buat untuk jual . dan ni hasilnya .
In sha Allah dapat cover aurat muslimah dengan sempurna .
selesa pakai in sha Allah . kalau tak selesa , syu tak kan pakai . tapi di sebabkan selesa , syu berani buat jual . hehe .
so kalau berminat .
boleh pm di fb
@
jom jamu mata ..
setakat ni . warna tu ja yg available .
do pm us .
Assalamualaikum .
Labels: shawl
Sunday, 5 January 2014 | 5.1.14 | 0 comments
Assalamualaikum
apa khabar iman awak ? sihat ? recharge iman ok !
alhamdulillah dalam kesibukan di universiti ni , dapat juga curi masa jenguk blog ni . dah lama sangat biarkan blog ni usang . rasanya sejak syu mendaftar jadi student uum ,syu tak pernah masukkan entry apa-apa lagi . ka ada ? hehe . syu sendiri pun tak ingat .
seriusly sangat sibuk . almaklumla , baru sem 1 . tak pandai nak atur jadual lagi . itu yang jadi kelam kabut sikit . sebab tu jugak la blog ni macam tak bertuan dan berpenghuni . kesian kau kan blog dapat tuan macam syu . huhu
sebenarnya banyak ja dekat draft ni . cuma tak publishkan ja . nak kena edit-edit sikit .
in sha Allah mula semester 2 nanti , blog ni akan mula kembali aktif . lagipun dah lama syu tak join contest . berblogwalking . rindu pula nak bersiar-siar di blog blogger lain .
kadang rasa gerammnya tengok blog orang lain . sentiasa berupdate . jeles sebab syu tak boleh nak berupdate selalu . tak aktif sangat dah sekarang berblogging . Tapi dekan facebook syu sangat la aktif . hehe .
eh , jom add syu di fb . mungkin boleh bertukar-tukar pendapat . berkawan . atau ada apa-apa soalan boleh pm syu . lebih mudah untuk contact syu melalui fb .
in sha Allah 12 Januari 2014 , bermula la cuti semester 1 syu . dah ada dekat rumah nanti ceq nak pulun update entry banyak-banyak . haaaa .. hangpa paham ka ceq cakap apa ?? hehe
in sha Allah nantikan perkongsian cerita , ilmu dan macam-macam lagi dari syu lepas ni . *ang bajet macam ada pembaca singgah blog ang nah syu *
ok , itu sahaja .
kita berjumpa di lain entry .
syu tinggalkan sesuatu untuk anda . supaya ada jugak ilmu yang awak dapat baca entry ni . tak ada la sia-sia ja kan .
jaga iman . jaga hati . jaga diri
wallhua'lam
wassalam
Labels: santai ja
Wednesday, 6 November 2013 | 6.11.13 | 0 comments
Assalamualaikum
chakk !!
tudia dia mai dah .... hehe . maaf la , lama syu tinggalkan blog ni . Rasanya sejak syu berdaftar jadi pelajar universiti , syu dah tak hiraukan blog ni . bukan apa , sibuk sikit . lagi satu , line internet . alahai manja benor kau ek .
Ok stop blebei ( membebel ) . terus kepada cerita kita .
semalam ada kawan tanya , ok bukan kawan la , dia sahabat syu ! in sha Allah dunia wa akhirah . dia tanya macam mana nak solat istikharah ?? . and untuk pengetahuan semua sahabat syu ni non muslim . ok again , NON MUSLIM ! . seriusly syu memang salute dengan dia . dia lebih interest dengan Islam , berminat dan bersungguh nak belajar tentang Islam berbanding kita yang sememangnya dah Muslim sejak lahir ni . menitis jugak air mata syu dibuat budak ni . huhu .
Ok stop berdrama syu ! *dush!! *
sahabatku , syu terangkan cara-caranya dekat sini ya . baca taw . BACA !
ok untuk pengetahuan awak , umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat istikharah bagi :
menyelesaikan jalan buntu
membuat satu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan
. dengan meminta petunjuk dari Allah SWT .
.
.
.
.
.
.
Bila waktu kita boleh kerjakan solat istikharah ni syu ??
So, this is the answer ~~
Boleh dikerjakan waktu siang dan malam . Tapi lebih afdal dilakukan sebelum tidur malam .
Ok awak , ini cara-cara nya ...
Lafaz niatnya .
Daku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala |
Surah-surah yang dibaca
Rakaat pertama : Al-Kafirun (1 kali )
Rakaat kedua : Al-Ikhlas ( 1 kali )
atau
Rakaat pertama : ayat Al-Kursi ( 7 kali )
Rakaat kedua : Al-Ikhlas ( 11 kali )
Dalam sujud akhir awak baca tasbih ni sebanyak 40 kali ya .
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan ( tunjukkan ) kepada kami . Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .
Sebelum bangkit dari sujud , awak mohon kepada Allah swt dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan tersebut . ok ?
Bila awak dah selesai beri salam , baca lah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah saw , para sahabat baginda , para wali dan seluruh umat Islam .
Lepas tu , baca doa solat istikharah .
ini saya sediakan dalam bahasa rumi untuk memudahkan awak .
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi.
Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii - fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii .
Ulang sebanyak 3 kali . Dalam doa sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah swt .
Contohnya : " Ya Allah , jika Dikau mengetahui urusan ini . . . (sebut perkara tersebut ) "
Yakin dan serahkan semua nya pada Allah . Awak kena kosongkan hati awak tu . jangan awak dah pilih dia . so , memang awak akan nampak dia ja . hehe . serah semua pada Allah . biar Allah tentukan untuk awak siapa yang lebih baik untuk awak . ok ?
Lepas berdoa , awak tidur . Tidur dalam keadaan berwudhuk dan berpakaian bersih .
Solat istikharah ni bukan hanya dengan buat sekali sahaja terus dapat jawapan tau . Awak kena buat sekurang-kurangnya 3 atau 7 hari berturut-turut , mengikut kepentingan . Macam soal nak pilih pasangan ni soal besar kan ?? so , buat la banyak hari sikit sampai awak betul-betul yakin dengan pilihan tersebut ya .
In sha Allah , Allah akan memberi petunjuk kepada awak untuk buat keputusan dan penentuan yang betul sama ada didatangkan melalui mimpi , gerak hati atau dipermudahkan urusan yang mana baik .
Sahabatku , saya harap awak faham dengan penerangan syu ni . kalau tak faham jangan gatai dok segan nak tanya saya ! . hehe . tanya ja . saya akan cuba tolong mana yang mampu .
Last but not least ,
" Sesuatu yang kita rasa baik untuk kita tu boleh jadi sebenarnya buruk kepada kita . Namun , sesuatu yang kita rasa buruk untuk kita tapi sebenarnya amatlah baik buat kita . "
Ganbatte awak !!
Chaiiiyyookk !
sincerely for my sahabat and reader .
from saya cik syu kecik !
till we meet again in other entry .
wassalam .
Labels: ilmiah