blog nursyuhadasaedin





form 6 power la !!
Wednesday, 11 May 2011 | 11.5.11 | 0 comments
Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)
Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir (fail-save choice) oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang semakin banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam. Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.
Mungkin, ada yang merasakan program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran atau tidak. Janganlah memberi alasan yang tidak masuk akal seperti “Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”, “baju kurung sekolah aku dah kena bakar” atau ‘Tingkatan 6 kena pergi sekolah”.
Hal ini berlaku kerana golongan pelajar ini beranggapan pendidikan di peringkat Tingkatan 6 lebih susah dari IPT, dan merupakan jalan yang lambat berbanding menggunakan saluran Pra-Universiti untuk ke peringkat Ijazah. Menurut perspektif masyarakat yang aku perhatikan, kebanyakan golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina. Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM untuk menyambut pengajian di peringkat Ijazah bahkan mendapat prinsipal yang cemerlang dalam STPM.
Jika dikaji dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Apatah lagi setelah Tingkatan 6 diperkenalkan dengan sistem modular.
Kejutan budaya yang macam mana aku maksudkan? Cuba lihat, di IPT, pendidikan lebih berpusatkan pelajar untuk sesetengah program pengajian, dimana pelajar perlu menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi  dengan menggunakan segala sumber yang ada. Cara ini berbeza semasa zaman persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing oleh guru.
Buat masa ini, sukar untuk aku perhatikan apa kontra pengajian pada tahap tingkatan 6. Mungkinkah kerana aku seorang pelajar IPT? Entahlah. Tapi, kalau tak silap aku, ramai yang mengatakan, Tingkatan 6 kebanyakkan menghadapi masalah bantuan pendidikan dari aspek tuisyen dari pihak luar. Yang ni pun aku tak pasti samada betul atau tak sebab di  bandar-bandar kebanyakkanya telah menawarkan program tuisyen di peringkat STPM. Sebagai contoh PTK dan KEG. Apapun, kena mendapat tahap kecemerlangan (prinsipal) yang cemerlanglah dalam Tingkatan 6. Logiknya, kalau Tingkatan 6 ini untuk orang yang gagal dan takde orang yang berjaya sekiranya memasuki Tingkatan 6, mengapakah kerajaan hari ini masih buat Tingkatan 6?
Menurut seorang guru yang berpengalaman, Tingkatan 6  menawarkan Sijil Akademik yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma.

jd apa pndangan ampa ??? 

old post / new post