blog nursyuhadasaedin





ISTIGHFAR MELEMBUTKAN JIWA & FIKIRAN
Saturday, 14 May 2011 | 14.5.11 | 0 comments
Istighfar merupakan usaha memahami hakikat kebesaran ALLAH dan memahami hakikat kerdilnya kita selaku insan ciptaanNya... Istighfar iaitu memohon keampunan atas segala dosa dan kesalahan.... seandainya dosa dan perbuatan itu termasuk dosa besar , maka di samping kita istighfar kita juga harus bertaubat.. kerana istighfar dan taubat selalu berkaitan antara satu sama lain .. Kita hendaklah beristighfar  jika kita merasakan adanya dosa2 kecil atau kesalahan2 kecil yg kita lakukan, sma adatersengaja mahupon tidak disengajakan... begi2 lah hakikat orang2 yg beriman, selalu mengingat ALLAH memohon keampunan dari kesilapan2 kecil yg ia lakukan. sehingga dia tidak terdorong untuk melakukan kesilapan & dosa yg lebih besar.. Sentiasa ingat kepada ALLAH segala apa yg ia usahakan...

Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa seseorang.. terhindar daripada terlanjur melakukan kesalahan , menyalahkan orang lain & menyebut perkataan & ucapan yg tidak terpuji. Sebaliknya selalu menyebut nama2 ALLAH & terus memohon keampunan ALLAH.. Yakinlah bahawa ALLAH i2 akan menerima setiap permohonan dan taubat hambaNya yg memang btol2 ingin munajat 7 bertaubat kerana ALLAH SWT Maha Penyayang...

old post / new post