Saturday, 25 June 2011 | 25.6.11 |
2 comments
Assalammualaikum...
2 commentsDi kala sepertiga malamku,
tatkala hamba yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi,
merehatkan badan yang telah letih menjalankan tugas masing-masing di siang hari,
diriku bangkit untuk bertemu denganMu didalam sujudku ,
menyarung persalinan solatku,
memulakan perjalanan ku untuk bertemu denganMu di dalam solatku..
Di setiap sujudku ,
ku titipkan cebisan doaku,
memohon pertolongan dariMu,
kerana sesungguhnya aku merupakan hambaMu yang lemah..
Di penghujung solatku,
ku menadah tangan ,
merintih dan memohon kepadaMu,
menluahkan segala keperitanku kepadaMu,
mengharapan petunjukMu,
butir-butir air mata laju menghangatkan pipi ku,
segala harapan dan doaku ku sandarkan padaMu.
Ya Rabbi ,
jika dia ditakdirkan untukku,
dekatkan hatiku dengan hatinya,
jika tidak ,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuan yang telah Engkau tetapkan untukku,
kerana sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.
Ya Allah ,
Kaulah tempat ku bergantung harapanku,
kuberharap diriku sentiasa di bawah rahmatMu..
moga hatimu diliputi Nur kasih NYa.. :)
hasil nukilan n luahan hati = Nur Syuhada


~ Alhamdulillah .. now i'am UUM student ! semester 3 oledy . ^_^ kalau ada apa-apa nak tanya syu, just komen atau di ruangan nota cinta awak ya.. insyaAllah syu jawab pertanyaan awak ..^^sayang u olls.
Nur Syuhada Saedin
Gadis Pulau Pinang
Oktober 1993
nak no.fon? complete your 24434 per day ok ^_~ 




