blog nursyuhadasaedin





Legging pakaian Lucah !!
Monday, 6 June 2011 | 6.6.11 | 2 comments


Malam ni saya tertarik untuk masukkan entry baru .. entry kali ni pasal legging... seperti yang kita lihat sekarang ni, budaya pemakaian legging semakin mnjadi2... yang paling menyedihkan dan membuat saya kecewa tu wanita2 Islam juga sudah mula "menghalalkan" pemakaian legging ni.... tidak kah wanita2 diluar sana tahu bahawa pemakaian legging itu HARAM !! MasyaAllah... Astaghfirullah.... wanita2 Islam tidak dilarang untuk berfesyen tetapi haruslah berlandaskan dan mngikut syarak.... tapi apa yang kita lihat sekarang ini wanita2 berfesyen bukan berlandaskan syarak tetapi mengikut nafsu dan kehendak syaitan semata-mata...
tidak kah wanita2 semua fikir bahawa pemakaian legging ini mngundang musibah terhadap si pemakai? cuba kalau saya bertanya kepada lelaki ... antara perempuan yang memakai legging dengan perempuan yang berpakaian sopan menutup aurat, yang mana satu yang akan membuat kn lelaki tergoda ? yang membuat kan nafsu syahwat terangsang?? sudah semestinya lelaki2 akan memilih yang memakai legging.. kerana apa?? kerana bila anda memakai legging akan terlihat lah susuk kaki dan pinggul wanita itu.. itulah sebabnya syahwat lelaki terangsang.. ini boleh mngundang kejadian seperti cabul dan rogol... bila itu berlaku, jangan pernah salahkn si perlaku kerana anda yang bersalah ....


ketahuilah wahai wanita2 islam , kita diwajibkan menutup aurat tetapi bukannya membalut aurat kita... dua perkara ini bebeza sekali.... cuba anda tnya diri anda.. antara dua gambar di atas , mana satu yang menyejukkan mata memandang dan mententeramkan hati???
Ingatlah wahai muslimah , PEMAKAIAN LEGGING ITU HARAM !!


hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

sekarang ni terdapat ramai yang seperti dinyatakan diatas... Ya Allah bantulah mereka ini ya Allah dan jangan kau biarkan aku serta hambaMu sesat .....  hmm satu lagi yang membuatkan mata saya ni rasa menyampah sangat ialah bila muslimah itu bertudung elok je tapi ...... astaghfurullah....... mcm yg kat bwh ni.....
  tolonglah wahai wanita Islam sekalian .........
 berfesyen la mengikut ketetapan syarak....
 kebanyakan muslimah masa kini sudah tersalah berfesyen dan melakukan kesilapan dalam berfesyen.....

 kesimpulannya ,

pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.


maaf jika terdapat pihak yang tersinggung.. entry ini sekadar untuk peringatan untuk diri kita dan saya sendiri....

wallahualam...

old post / new post