blog nursyuhadasaedin





tenteramknlah hatiku Ya Allah....
Thursday, 30 June 2011 | 30.6.11 | 0 comments

Ya Allah , adakah mungkin dia jadi milikku ?
Ya Allah , seandainya telah engkau catatkan dia telah ditakdirkan untukku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
andai telah ditakdirkan dia bukan milikku,
Engkau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
kerana sesungguhnya, Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu,
Doa ku moga diri ini redha dengan ketentuan yang telah Engkau tetapkan untukku...
 Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
peliharalah aku dari kemurkaanMu Ya Allah,
kerana sesungguhnya hanya Engkau sahaja pemeliharaku..
Ya Allah , Engkau titipkanlah kebahagiaan dalam hidupku,
janganlah Engkau biarkan hambaMU ini lemas di dalam kedukaan ,
kerana sesungguhnya aku menginginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 
Ya Allah , terima lah munajat hamba-hambaMu di muka bumi ini,
Hanya padaMu kami memohon segalanya,
kerana sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui isi hati hambaMu... 



===> Ya Allah tenangkanlah hati hambaMu ini... sentiasalah beri pengajaran padaku supaya aku sentiasa ingat kepadaMu .. :(



old post / new post