blog nursyuhadasaedin





Rabiatul Adawiyah , Perindu Cinta Abadi
Monday, 19 September 2011 | 19.9.11 | 0 comments

Rabiah, lahir dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Namun tidak pula miskin ketakwaan terhadap ALLAH SWT. Lahirnya dalam keadaan kedua ibu bapanya serba kekurangan, dari segi pakaian, makanan mahupun kewangan. Namun, kelahirannya tidak menyusahkan. Bahkan kedua ibu bapanya berasa senang dan lapang akan kelahiran Rabiah Al-Adawiyah.
Sedari kecil, Rabiah memang menunjukkan kelainan dari segi akhlak dan ibadah terhadap ALLAh SWT. Sangat istimewa. Disaat semua kanak-kanak sebaya dengannya memenuhi masa dengan bersuka ria, Rabiah pula sebaliknya. Beliau lebih cintakan ilmu agama dan membaca al-Quran.
Menelusuri kisah kehidupan Rabiah, kadang-kadang membuatkan saya sebak sehingga tidak sedar airmata sudah mengalir dari kelopak mata.
Bukan sedikit dugaan yang Rabiah Al-Adawiyah terima.
Kedua ibu bapanya meninggal dunia. Lalu tinggallah Rabiah bersama ketiga-tiga kakaknya yang sedang berduka atas pemergian kedua ibu bapa mereka. Oleh kerana ketabahan dan kecintaan Rabiah Adawiyah terhadap ALLAh SWT melebihi cintanya kepada kedua ibu bapanya, maka Rabiah sangat tabah menghadapi semua itu tanpa tangisan pun.
Diculik lalu dijadikan hamba selama bertahun-tahun, dilaluinya dengan penuh kesabaran. Siangnya dia berkhidmat untuk tuannya, manakala diwaktu malam, dia setia menghadap Tuhannya. Bukan pendek tempoh waktu yang dilaluinya sebagai hamba abdi kepada seorang manusia yang zalim dan akhirnya berubah menjadi seorang yang bertaubat dan beriman kepada ALLAh. Akhirnya Rabiah dibebaskan.
Banyak lagi liku-liku yang dilalui oleh hamba ALLAh yang tinggi darjatnya ini.
Ketika membaca dibahagian bab, dimana Rabiah sudah menjadi kurus kering akibat beribadah kepada ALLAh SWT. Sehingga tulangnya kelihatan. Sangat menghibakan. Sampai begitu sekali pengabdiannya sehingga lupa akan makan dan minumnya.
Kerana apa? Sangat merindukan ALLAh SWT.
Saya pasti, kita insan biasa ini sudah pasti tidak boleh berbuat demikian. Rabiatul Adawiyah, hatinya dipenuhi cinta ALLAh SWT. Dan cintanya, adalah semata-mata kerana ALLAH SWT.
Antara buktinya adalah, ketika mana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan demi pinangan yang berhajat untuk menjadikannya sebagai permaisuri hati mereka. Dan, apabila didalam hati Rabiah itu, tidak terdapat cinta untuk sesiapa melainkan cinta ALLAh SWT. Dan, Ustaz saya sendiri pernah menceritakan, bahawa Rabiah pernah berkata, yang maksudnya lebih kurang seperti ini..
“Cintaku untuk Rasulullah tiada lagi. Kerana jiwaku sudah dipenuhi dengan cinta ALLAh SWT.”
MashaALLAh!
Ulama’ sufi wanita yang unggul!

Ya Allah mampukah aku yang sejengkal iman ini .... ......

Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
                -Syuhada- 

old post / new post