blog nursyuhadasaedin





kata2ku bukan sekadar nukilan .... ^^
Tuesday, 4 October 2011 | 4.10.11 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... Lama rasanya syu tidak masukkan isian baru dalam blog ni... hmm kali ni syu rasa macam nak berkongsi pengharapan syu dengan pembaca semua.. Luahan yang ikhlas dari hati iman syu...

Syu tidaklah sehebat tokoh-tokoh srikandi terdahulu seperti Siti khadijah yang begitu rapi menjaga dirinya..
Tetapi syu tetap mempunyai jihad untuk berjuang di landasan agamaku.. Syu tidak mahu tewas di pertengahan jihadku..
Syu menyimpan hasrat ingin menjadi seperti Hajar mahupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara...

Syu tidak mahu mudah melatah apabila ujian datang menduga jalan jihadku mempertahankan hijrahku..
Syu tidak mahu melepaskan takhta bidadari syurga hanya kerana mengejar takhta bidadari di dunia ..
Syu bukanlah sehebat mereka yang menjadi puteri kesayangan Rasulullah SAW ..
Tetapi syu hanya lah wanita akhir zaman yang bercita-cita ingin menjadi seorang muslimah solehah ..


Syu impikan menjadi seorang wanita yang mempunyai rahsia agung yang tersembunyi dalam dirinya iaitu sekeping hati yang takut pada Ilahi..
Syu ingin menjadi seorang hambaNya yang berpegang pada janji mengabdikan diri pada YA Rabb..

Syu ingin menjadi bunga yang terpelihara dengan menjadikan ketegasan serta ketetapan iman sebagai perisai menjaga diri dan namaku... juga menjadi benteng agama dari dirobohkan jua dibinasakan..
Sesungguhnya mahligai syurga itu lah singgahsana yang ku harapkan di sana..

Mengharapkan diri menjadi puteri kesayangan.. bunga kebanggaan serta bunga idaman...

Kata-kataku bukan sekadar nukilan.... Tetapi penuh dengan pengharapan kepadaNya...

Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
 ~ Nur Syuhada ~

old post / new post