blog nursyuhadasaedin





Subhanallah.. hanya kerana pandangan mataku..
Tuesday, 4 October 2011 | 4.10.11 | 0 comments
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia menziarah teratak yang serba sederhana ini..

hmm kalau tengok tajuk pengisian kali ni macam dramatik ja.. hehe sebenarnya cerita tak sehebat tajuk pon..
baiklah , syu mulakan cerita nya ya...

      Hari ni seperti biasa , syu bersama dengan kumpulan study group mengulangkaji pelajaran bersama-sama.. seperti biasa yang wajib harus ditunaikan dulu.. kami semua pergi solat zohor dulu di surau yang disediakan di sekolah... untuk makluman, study group ni terdiri antara muslimat sahaja.. emm kebetulan masa syu tengah tunggu sahabiah syu selesai menunaikan solat, syu secara tidak sengaja terlihat satu suasana yang bagi syu amat tidak menyenangkan hati syu dan menyakitkan mata syu,,, yang membuatkan syu rasa kecewa, marah.. hmm sangkaan syu, para pembaca pon mesti akan rasa panas hati memerhati situasi tu..

      Baiklah , mesti tertanya-tanya kenapa kan?? maaf sebab buat pembaca semua tertanya-tanya... sebenarnya masa tu syu ternampak sekumpulan pelajar lelaki sedang mempersendakan solat zohor yang sedang mereka lakukan.. Ya Allah sedihnya melihat keadaan tu, masih ada lagi umat Nabi Muhammad yang tidak tahu menghormati agamanya sendiri...

     Dik kerana syu geram sangat dengan keadaan tu, syu langsung tak sedar yang syu sedang memerhatikan perilaku mereka tu dengan wajah yang serius... mata syu langsung tidak lari dari setiap pergerakan sekumpulan pemuda tu.. syu takot untuk menegur kelakuan mereka tu..

     Alhamdulillah , pelajar-pelajar lelaki tu perasaan bahawa syu sedang memerhatikan mereka lantas segera membetulkan kesalahan mereka... lafaz syukur padaNya terus meniti di bibir syu tatkala melihat perubahan kumpulan pemuda tu... syu bersyukur sebab sekurang-kurangnya pandangan mata syu dapat menjadi satu syarat dalam menegur seseorang walaupon syu kurang kuat untuk menegur seseorang dari mulut ke mulut... (komunikasi@lisan) .. alhamdulillah.. :)



==> entry ni bukan bermaksud untuk syu bangga dengan apa yang syu lakukan cuma untuk mewartakan kepada pembaca bahawa , teguran bukan hanya dapat dilakukan secara lisan tetapi banya lagi inisiatif lain ...
segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT manakala yang buruk itu dari kelemahan diri syu sendiri.. ^^


Pengemis Redha dan CintaNya,
~ Nur Syuhada ~

old post / new post