blog nursyuhadasaedin





Panduan Cara Hidup Rasulullah SAW ...
Wednesday, 16 November 2011 | 16.11.11 | 0 comments
Assalamualaikum.. 
Kita mulakan pengisian kali ni dengan lafaz ...
بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Sekarang ni banyak makanan yang sedapkan?? kita pula apa lagi makan je ...Tak kira masa, pagi,petang, malam .. rasa nak makan, makan ja kan?? NAFSU tu sedang mengawal anda kawan-kawan... !! jangan biarkan.. Sebab sikap orang zaman sekarang yang hanya tahu 'balun' ja makanan tu la yang menjadi faktor senang kena penyakit.. Sikit-sikit sakit perut.. Salah kita juga sebab tak amalkan cara pemakanan yang betul.. Sebab tu juga la terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung dan lain-lain penyakit bila kita dah tua nanti.. 

           Baiklah, berleter pun sudah, menegur pun sudah.. kali ni syu nak kongsi ilmu yang syu dapat melalui pembacaan syu .. Tentang diet Rasulullah SAW kita. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya .. subhanallah, hebatkan ? sebab Rasulullah pandai jaga pemakanan sehari-hari.. Kepada sesiapa yang nak kuruskan badan tu haiya(jom) kita ikut diet ni . Tak payah la makan pil-pil tu semua. InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut diet Rasulullah SAW ni gerenti kawan-kawan tak sakit perut ataupun keracunan makanan. Mari semua kita terjah ilmu di bawah ni .. :)

-Jangan makan susu dengan daging
-Jangan makan daging dengan ikan
-Jangan makan ikan bersama susu
-Jangan makan ayam bersama susu
-Jangan makan ikan bersama telur
-Jangan makan ikan bersama daun salad
-Jangan makan susu bersama cuka
-Jangan makan buah bersama susu : contoh Coctail

(gambar hiasan semata-mata)


Cara Makan 
* Jangan makan buah selepas makan nasi. Sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu sebelum makan nasi. Biasanya kita makan sebaliknya kan? Jadi mulai sekarang tukar ya.. =)

* Tidur satu jam setelah makan tengah hari. (Tapi kalau dah kenyang sangat tu syu rasa mesti akan terbabas berjam-jam.. betul tak? Cepat ngaku !!.. hehe)

* Jangan sesekali tinggal makan malam.Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda .

          Mesti kawan-kawan rasa pelikkan.. tapi kalau tak percaya, kawan-kawan cubalah.. yang pasti kesannya bukanla dalam jangka masa yang terdekat ni.. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

           Untuk pengetahuan kawan-kawan, dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini telah terbukti ilmuwan yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..

Sama-samalah kita mengamalkannya.. 
Wallahualam..
Sebenarnya tak habis lagi ni.. panjang lagi.. hehe .tak pe, nanti syu kongsi lagi sambungannya di lain pengisian ya.. Tunggu taw.. (tiada paksaan) ;)

p/s : Sampaikan walau sepatah.. Sabda nabi ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan
        ilmu demi kebaikkan . InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.. 


Tinta si Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
 ~ Nur Syuhada~

old post / new post