blog nursyuhadasaedin





Siapa di hatimu ?
Wednesday, 23 November 2011 | 23.11.11 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Assalamualaikum

Sedikit nasihat sebelum anda semua khusyuk membaca entry syu kali ni ^_^
Jangan mudah goyah hatimu tatkala ujian datang melanda.. sebaliknya kuatkan pegangan hatimu pada Allah SWT.. :)

         Orang yang di dalam hatinya selalu ada Allah SWT, maka hatinya akan selalu tenteram jiwanya dan tidak khuatir akan kesulitan dan kegelisahan hidup. Sebab apa ya kawan-kawan ?
Kerana semua itu datang dan kembali kepada Allah SWT sehingga mampu bertahan hidup di jalan yang lurus dalam keadaan apa pun. Ketahuilah kawan-kawan, setiap orang yang berakal mampu merasakan kebesaran Allah.

         Para pembaca yang tak jemu mengikuti usaha dakwah kecil syu melalui blog ini, ingin syu ingatkan disini, orang yang tidak ada Allah SWT dihatinya tidak memiliki petunjuk hidup yang lurus,tidak mempunyai tempat untuk mengadu, tidak memiliki Yang Maha Memiliki untuk meminta, tidak begitu percaya adanya kehidupan setelah kematian sehingga hidupnya hampa.

        Orang yang difikirkannya hanyalah memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan kenikmatan dan kesenangan hidup untuk dirinya sendiri dan orang sekelilingnya walaupun sanggup mengorbankan orang lain yang tidak bersalah demi mencapai tujuan dunianya, mereka inilah orang yang rugi.
Syu ingin kuatkan lagi kenyataan syu ini dengan sepotong ayat al-Quran yang syu ambil dari Surah Al-Munaafiquun ayat 9 ..

 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh(urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan(ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi".

(Al-Munaafiquun ayat 9)

p/s : sampaikan lah dakwahmu walaupun sepatah.. bebas untuk disebarkan :)

Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
~ Nur Syuhada ~

old post / new post