blog nursyuhadasaedin





Aurat Wanita yang dipandang ringan..
Wednesday, 7 December 2011 | 7.12.11 | 1 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum
"Mudah-mudahan akhlak dibalik pakaian tadi lebih indah daripada pakaiannya"
Kali ni syu ingin kongsikan satu lagi ilmu iaitu Aurat Wanita ketika bersama muhrim & keluar terdekat.
           
            Pembaca yang disayangi sekalian, wanita yang sudah akil baligh wajib menjaga auratnya di hadapan lelaki walaupun sesama keluarganya yang terdekat.Muslimin &muslimat tahu tak anggota mana yang menjadi aurat bagi seorang wanita di hadapan bukan mahramnya?

Aurat wanita di hadapan bukan mahramnya ialah seluruh tubuh, termasuklah rambut, muka, kedua tapak tangan zahir dan batin serta kedua kakinya.
           
            Aurat ketika bersama sepupu adalah sama auratnya dengan lelaki lain yang halal nikah dengannya walaupun ia adalah saudara terdekat. Ini kerana dia halal berkahwin dengan sepupunya. Tapi yang menyedihkan syu ramai wanita yang ambil ringan tentang aurat mereka ketika bersama keluarga terdekatnya .. Namun syu tak nafikan juga bahawa masih ramai yang menjaga aurat mereka..
        
           Selain itu, aurat ketika bersama adik ipar, abang ipar adalah sama dengan aurat ketika bersama lelaki lain. Ini kerana abang ipar, adik ipar dan juga suami ibu saudara hukumnya adalah haram nikah secara sementara iaitu haram muaaqad selagi isterinya masih hidup dan bersamanya. Tetapi muslimat sekalian, apabila kakak atau adik atau ibu saudara kita meninggal dunia, mereka ini halal nikah dengan kita namun haram selagi mana kakak atau adik kita masih hidup. Inilah yang disebut oleh istilah melayu sebagai salin tikar. Pernah dengar tak?
          
          Kita perlu menutup aurat setiap masa apabila bersama mereka di dalam rumah ataupun di luar rumah sama ada ketika menoton televisyen, makan bersama dan sebagainya. Kita kena jaga aurat kita ya muslimat.
        
         Apa yang menjadi kesalahan kita ialah kita menganggap mereka itu sebagai saudara terdekat kita yang sewenang-wenangnya mempamerkan aurat kita kepada mereka. Begitu juga dalam masalah bersalaman dengan mereka hukumnya aalah haram disisi syarak'.

Baiklah.. sekarang dah jelas kan apa yang kabur selama ni .. jadi syu harap lepas ni lebih ramai muslimat betulkan apa yang salah dan kekalkan apa yang telah betul..

p/s: Ilmu itu milik Allah.. bebas untuk di sebar dalam apa bentuk sekali pun.. kongsilah dengan kawan-kawan pembaca yang lain.. insyaAllah moga muslimin muslimat di berkati Allah.. ^_^  

Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
~ Nur Syuhada ~ 

old post / new post