blog nursyuhadasaedin





Cara solat sunat Tahajjud
Thursday, 29 December 2011 | 29.12.11 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum..
Alhamdulillah ada rezeki lagi untuk syu buat coretan dalam blog ni.. Dah lama tak luangkan masa dalam blog ni.. Baiklah.. Entri kali ni adalah untuk membantu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabiah FB syu.. :) mudah-mudahan ianya membantu..

Laksanakan solat walau dimana berada


Tata tertib sebelum mengerjakan solat sunat Tahajjud 
(adab-adab atau perkara sunat dilakukan sebelum mendirikan solat sunat Tahajjud)
1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang tahajjud. 
2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa 
3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran 
4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.


Cara mendirikan solat sunat Tahajjud



1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw.Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:


“Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : ” Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit.”


2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
"Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala"
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)


4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:


"Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa."
ErtInya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”
5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.


6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:


"Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa".
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”



Baiklah syu harap semua faham..  :)
p/s: jika ada kemusyikilan silakan tinggalkan komen.. insyaAllah syu cuba bantu ^_^ Ilmu itu milik Allah SWT.. bebas untuk di sebarkan.. (maaf sebab syu x dapat sediakan dalam versi jawi )


Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
-Nur Syuhada-

old post / new post