blog nursyuhadasaedin





Tudung yang dilarang pakai...
Sunday, 11 December 2011 | 11.12.11 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum

muslimah inikah yang menjadi pilihan muslimin ??




Gambar di atas mungkin ada kaitan dengan apa yang syu nak cerita sekarang ni :)
ok, hari ni syu nak masukkan entry tentang sesuatu yang mungkin wanita sekarang lupa tentangnya.. Mungkin boleh dijadikan panduan dan peringatan buat muslimat. Tidak lupa juga buat muslimin ya.. take note jugak , sebab anda(muslimin) akan hidup bersama dan membimbing bakal zauji anda suatu hari nanti... (bak kata seorang sahabat syu)..

        Sekarang ni macam-macam jenis tudung yang kita dapat lihat.. wah.. macam-macam gaya pemakaian tudung.. macam-macam nama pula yang diberi pada setiap gaya.. gaya Hana Tajima la, Yuna la dan banyak lagi..(syu tak berapa tahu).. Wahai muslimat.. berfesyen-fesyen juga sayang.. Tapi harus diingat dalam pemakaian tudung ni juga beberapa perkara perlu di ambil perhatian serious.. Kekadang tu syu tengok tudung yang dipakai muslimat sekarang ni tidak menepati ciri-ciri yang digariskan oleh Islam.

        Hm.. disebabkan ketidaksenangan syu tu, hari ni biar syu ingatkan tudung macam mana yang dilarang untuk dipakai ya.. Jadikan ia sebagai rujukan dan peringatan bersama ya.. :)


Tudung yang dilarang untuk dipakai :
1.terlalu nipis sehingga menampakkan cuping telinga 
2.warna yang terlalu menonjol sehingga menimbulkan keghairahan lelaki melihatnya..(ambil   perhatian)
3.tidak menutupi bahagian dada4.tidak menutup keseluruhan rambut
5.menunjukkan bentuk rambut(bersanggul tinggi)

Contoh bersanggul tinggi

Dikeluarkan daripada Imam Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum saya lihat iaitu satu, kaum yang memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul orang.Kedua, wanita-wanita yang berpakaian namun(hakikatnya)telanjang, merayu-rayu menarik hati sambil berjalan berlenggang-lenggok. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta(ikatan sanggul). Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian dan sekian."






       Malangnya bila bertudung, kita merasakan telah memenuhi tuntutan syarak tetapi hakikatnya kita bertudung sama sahaja dengan tidak bertudung. Ini kerana tudung yang dipakai bukan tudung yang menepati garis panduan syarak.

p/s: berfesyen tak salah janji ia menepati syarak... bebas untuk di copy paste.. :) sebarkan dakwah anda...

Pengemis Redha dan Cinta Ya Rabb,
~Nur Syuhada~



old post / new post