blog nursyuhadasaedin





di sana menanti di sini menunggu ....
Saturday, 4 February 2012 | 4.2.12 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum..

Salam ukhwah buat yang baru bertandang ke sini :) hmm dah lama sangat syu biar blog ni tak terisi dengan entri baru.. nah baca la entri ni :)


Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk 
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli.

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana 
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
(~ buntu nak buat pilihan? Jangan risau. Allah kan ada .. mintak pertolongan dengan Allah. Minta petunjuk Allah dalam istikharahmu.InsyaAllah , Allah bantu awak buat pilihan. Yakinlah dengan-Nya! :)~)

Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya
(~ err.. are you sure?! Please jangan buat keputusan terburu-buru awak! berdoa dan mintak petunjuk dari Allah dulu ! :) Serahkan pada Allah. DIA pemilik hati setiap hamba-Nya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita:) Yakin dengan janji Allah ! Allah dah aturkan semuanya untuk awak  -_^    ~)

Sungguh ku merasa resah
(~erm awak resah ya ? Dekatkan diri awak dengan Allah. Baca Al-Quran selalu.. lakukan tahajjud. jadikan zikrullah teman setia lidah dan sebagai penyeri bibir awak.Luangkan masa dengan Allah.. spend time untuk mesej, online fb, twitter dan sebagainya berjam-jam boleh, takkan nak spend time dengan Allah sekejap pun tak mampu. Tak dikenakan bayaran pon kalau awak 'online' dengan Allah. Jangan risau, duit awak tak terusik. Malah Allah beri 'kredit' lagi untuk awak.. Awak tak nak ka kredit percuma? Tengok! Baikkan Allah. Tak pernah berkira pun dengan hamba-Nya.. Tolong la awak, serahkan hati awak pada-Nya dulu.. cinta awak akan hadir bila DIA kehendaki.. :) InsyaAllah awak,keresahan akan ragu-ragu untuk usik hati awak     -_^)

manisnya senyuman dia.. hehe :)



=> emm dapat agak tak ayat-ayat yang diwarnakan ungu di atas ?? sebenarnya itu lirik lagu jiwang apatah.. kalau tak salah syu kumpulan Uk's kot.. entahla.. syu pon tak berapa tawu.. hehe.. syu terdengar lagu tu tadi.. tiba-tiba dapat pula ilham nak masukkan entri.. jadi, itulah hasilnya :) moga dapat isi yang berguna ya ... :) 

*yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk itu hanya dari kelemahan diri syu sendiri..
  

old post / new post