blog nursyuhadasaedin





Valentine's Days Haram bagi orang Islam !
Sunday, 12 February 2012 | 12.2.12 | 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum..

Salam ukhwah.. Apa khabar iman pembaca semua? mudah-mudahan bertambah dari hari ke hari :)
Salam Maulidur Rasul !^_^ Alhamdulillah, urusan sambutan Maulidur Rasul baru saja selesai. Hari ni dekat sekolah syu ada perarakan diiringi lantunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semua pelajar bersemangat menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW. Subhanallah.. alhamdulillah. Dalam radio & TV juga banyak usaha yang dilakukan untuk membangkitkan syiar Maulidur Rasul. Contohnya, rasa cinta terhadap Nabi Muhammad SAWditerjemahkan dengan alunan nasyid, program keagamaan dan macam-macam lagi ( kalau nak sebut satu-satu panjang pula entri ni nanti..tak semua orang yang sanggup baca entri panjang ni. Betul tak ? baik ngaku! hehe )

Tapi yang menyedihkan tu, tak sampai seminggu syiar Maulidur Rasul dibangkitkan, mai pula dah Hari Kekasih.. ala Valentine's Day tu ..Apa lagi, mula la stesen radio & TV sibuk nak tayang love story and love song memanjang .. nak bangkitkan "syiar" Hari Kekasih ni la katakan. Makanya, 'syiar' itu telah disisihkan dek munculnya Hari Kekasih ni. huhu ( geram! sedih..)

Tahu tak Valentine's Day tu apa?

Tak tahu? meh nak cerita.. Pada suatu hari, sang kancil bertemu sang buaya.. mereka..~~~ Ops! Wrong story! maaf ya , gurau ja..(saja tak mau bagi kamu stress baca entri blog syu ni) ok back to the point! Valentine's Day ni ialah hari di mana 'loving couple' meraikan percintaan dan kasih sayang mereka. Budaya ni disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Apa peristiwa kelahiran Valentine's Day ni ya ? nak tahu ? Baca sendiri ya .. =)
Ada banyak sebenarnya versi tentang sejarah Valentine's Day ni. Tapi syu bagi dekat sini 2 pendapat ja ya .. ^.^

Pendapat 1 ~~
Valentine sebenarnya nama seorang paderi "Pedro St.Valentino". 14 Februari 1492 merupakan hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Pada hari tu, St Valentino telah mengisytiharkan sebagai hari 'kasih sayang' atau hari yang sesuai untuk manusia berkasih sayang kerana bagi paderi tu, Islam merupakan agama yang menolak kasih sayang dan zalim kepada manusia. Maka tumbangnya kerajaan Islam di Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Pendapat 2 ~~
-dikaitkan dengan kematian paderi St Valentine masa pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 11(268-270). Dikatakan St Valentine enggan mematuhi arahan dan dijatuhi hukuman. Dan didalam penjara St Valentine telah fall in love dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine'(daripada Valentinemu). Beliau dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup mati dalam keadaan tragis kerana dibunuh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270).

Sejak itulah tarikh 14 Februari diambil dan dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan sekaligus dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Itulah sebabnya kita dilarang sambut Hari Valentine's Day. Cuba fikir, kalau kita sambut, maknanya kita pun merai hari kematian Paderi Kristian..

Allah SWT berfirman yang bermaksud "Katakanlah(wahai Muhammad): Hai orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah(Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6)

Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain!

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka(Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."

Islam tak pernah melarang kita beri hadiah dan berkasih sayag, malah memberi hadiah tidak menjadi kesalahan, tak kira apa bentuknya, tetapi yang menjadi masalah, kenapa tarikh tersebut juga yang dijadikan pilihan? Dah tak ada tarikh lain ka ? Mengapa tidak 364 hari yang lain ? tidakkah Rasulullah SAW menyebut di dalam hadis 'berbezalah dengan al-Yahud(Yahudi)'(Al-Suyuti, dalam Al-Jami' Al-Saghir :no 3879). Lupakah kita dengan hadis Nabi dalam isu puasa Muharam yang Rasulullah sanggup menukar tarikh puasa dari 10 kepada 9 Muharam semata-mata ingin menyelisihi kaum Yahudi pada masa tu ?

Kesimpulannya, kita umat Islam haruslah berhati-hati dengan amalan dalam keghairahan kita mengikut sesuatu perkara.. entri ni sebagai peringatan buat diri syu juga sebenarnya..juga buat muslimin dan muslimah semua.. dah banyak yang beri peringatan pasal ni.. cuma manusia yang buat sikap acuh tak acuh ja dengan hal ni. sebagai umat Islam juga, janganlah kita mengikut ajaran yang salah.. ingatlah Allah itu lebih berkuasa.. Kalaupun nak berkasih sayang, tak perlulah sambut pada 14 Februari tu.. berkasih sayang lah setiap hari & pada yang muhrim sahaja.. ! ingat tu ya ! =) Harap kita dapat iktibar supaya dapat menjadi muslim dan muslimin yang di redhai Allah.. InsyaAllah .. 



Pemburu Cinta dan Redha Allah =)
~ Nur Syuhada ~


old post / new post