blog nursyuhadasaedin





Berkorban apa saja(macam lirik lagu pula) ^_^
Sunday, 1 April 2012 | 1.4.12 | 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dengan izin Allah syu dapat jugak luangkan masa dalam blog syu yang dah lama syu biarkan.. kesian dia.. dah berhabuk... hehe.. hmm tahun ni dah nak STPM !! Ya Allah risaunya syu... syu mula berfikir, berapa banyak masa yang syu sia-siakan selama ni... hmm mula timbul niat untuk tutup facebook syu .. tapi tak sanggup.. ramai kenalan yang dah banyak berjasa dalam perubahan diri syu... dalam pembaikan amalan syu.. kenalan yang sentiasa menyokong syu .. syu sayang semua kenalan syu dalam tu ( im not lie ok.. this serious).. terutamanya muslimat la ek.. mereka banyak menasihati syu, mendorong syu.. mereka ceriakan hari syu bila syu dalam kecewa, sedih.. sentiasa setia menjadi pendengar kepada celoteh syu yang kadang susah nak dikawal.. heheh.. biasa la tu.. jenis yang happening ..(sometime i can be a very serious person.. so beware!) hehe.. 

hmm tapi syu perlu lakukan pengorbanan untuk kejar kejayaan yang syu impikan.. syu dah tak sanggup nak tengok parents syu kecewa dengan keputusan syu .. tahun depan syu harap sangat syu dapat tengok wajah mereka yang tersenyum riang melihat keputusan exam syu.. syu harap sangat dapat melihat parents syu menitiskan air mata gembira apabila mereka menatap turutan gred yang tertera atas sijil tu... jadi untuk kejar semua tu syu harus bertindak.. untuk berjaya syu harus berkorban.. syu tak sanggup nak tinggalkan kawan-kawan di alam maya tapi syu lebih lagi tak sanggup nak tengok wajah hampa mak ayah syu tahun depan.. syu tak nak ia berulang lagi..

mungkin bagi rakan-rakan yang lain, setakat mengorbankan 'fb' bukanlah apa-apa tapi suka hati syu la.. hehe.. tak da la, sebab syu rasa facebook ni mengganggu urusan syu dengan 'buku'.. hehe hilang fokus syu nak date... ( date with my book ya.. dont think negative k..) so mulai 2 April 2012, akaun fb syu akan dinyahaktifkan.. jadi kepada rakan-rakan maya syu, jika ingin berhubung dengan syu, contact terus ke nombor syu ya( jika ad ).. ok macam mana pula yang tak da ya ?? kalau tak da nombor syu , kita berhubung dalam blog ni ja.. insyaAllah kita akan tetap berhubung..

study time!! illalliqa' ya facebook!! hehe 

Alhamdulillah dapat jugak syu aturkan jari ni untuk menaip malam ni.. sesungguhnya semuanya dengan izin yang ESA..
sebenarnya nak bagi tahu yang syu akan tutup akaun fb ja tapi dah terpanjang pula.. hehe... cukup untuk kali ini., insyaAllah jumpa lagi dengan entry yang baru di lain masa.. ^_^ InsyaAllah..

Assalamualaikum..
salam rakan seperjuangan ...

Pengemis redha dan cinta ya Rabb,
-Nur Syuhada-

old post / new post