Sunday, 6 May 2012 | 6.5.12 |
0 comments
0 comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
![]() |
| Nota cinta buatMu |
Ya Allah, terasa gerun pabila mula terfikirkan azab-Mu di neraka ,
Syu impikan syurga-Mu Ya Rabb ,
Tapi apakah syu layak menempatkan diri di syurga-Mu ?
Adakah amalan syu cukup untuk aku menempah tiket ke syurga abadi ?
Adakah ruang untuk ku berada di Taman Firdausi-Mu ?
Syu bukanlah seorang hambaMu yang sempurna,
Syu juga bukan seorang tinggi ilmu agamanya,
Syu sentiasa cuba untuk menjadi hamba-Mu sebaik mungkin,
Syu sentiasa cuba lakukan apa yang syu mampu lakukan untuk-Mu ..
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diri ini tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang rugi,
Janganlah Engkau biarkan syu tergolong dalam kelompak hamba-Mu yang Engkau murka ..
Ya Allah, jadikanlah syu di antara hamba-Mu yang terpilih untuk merasakan cinta dari-Mu,
Izinkanlah syu mencintai-Mu semampuku,
Diri ini, hati ini, rela kehilangan cinta dunia tapi tidak cinta-Mu,
Cukup bagiku memiliki cinta dan kasih dari-Mu andai tiada cinta insan lain buat syu di dunia ini,
syu mohon, peganglah hati ini ya Rabb ..
Ya Allah, bagi syu Islam itu begitu indah,
Biarkanlah syu berpayung di bawah keredhaan-Mu,
Biarkanlah syu melayari kehidupan ini di atas lautan syariat-Mu,
Berikanlah syu kesempatan merasai kenikmatan manisnya iman itu,
Rasa ini, rindu ini, cinta ini hanyalah kerana-Mu wahai pemilik hati syu yang mutlak ..
Sesungguhnya hanya kepada-Mu syu sembah,
Tuhan sekalian alam ..
cebisan nota kecil syuhada : nak kata puisi, madah atau sajak ?? hmm syu pun tak tahu nak letak karya syu tu dalam kategori mana .. hehe .. Bila hati resah, selain berwudhuk, solat, baca al-quran, berzikir , meluahkan apa yang terbuku di hati is the one way that we can do.. tak pandai luahkan secara lisan .. luahkan lah dalam tulisan .. itu yang syu buat.. juz wanna share with readers ..apa lagi, mula la jari runcing pantas mengetik keyboard .. I truely admit , it is sincere FROM THE DEEP OF MY HEART ! ~ ~
Yang giat menaip,
` ana Nur syuhada`


~ Alhamdulillah .. now i'am UUM student ! semester 3 oledy . ^_^ kalau ada apa-apa nak tanya syu, just komen atau di ruangan nota cinta awak ya.. insyaAllah syu jawab pertanyaan awak ..^^sayang u olls.
Nur Syuhada Saedin
Gadis Pulau Pinang
Oktober 1993
nak no.fon? complete your 24434 per day ok ^_~ 


