blog nursyuhadasaedin





4 jenis tudung muslimah ...
Wednesday, 30 May 2012 | 30.5.12 | 0 comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

Alhamdulillah .. setelah beberapa hari tertangguh nak masukkan entry, akhirnya dapat jugak luangkan masa.. Dalam usaha untuk menjadi hawa yang muslimah,mukminah dan mujahidah pasti ada sahaja bisikan-bisikan yang galak melumpuhkan iman yang dipertahankan.. sometime, i feel tired and want to give up .. tapi cepat-cepat istighfar bebanyak supaya tak tewas ditangan syaitan.. InsyaAllah, as long as Al-Quran and Sunnah dalam pegangan dan menjadi rujukan seorang mukmin dalam kehidupannya, bukan mudah untuk dikalahkan syaitan.. InsyaAllah.. depend jugak pada mukmin itu, apa dia benar-benar yakin dengan apa yang menjadi pegangannya atau tak.. Jangan menjadi seorang mukmin yang hipokrit.. Di mulut mengakui diri seorang muslim tetapi tidak pada amalannya.. Mudah-mudahan diri ini dan pembaca bukan seperti itu.. InsyaAllah.. 


Dalam Islam WAJIB bagi seorang muslimah menutup auratnya.. Arahan berhijab ini disebut dalam Surah An-Nur ayat 31.. Menutup atau menjaga aurat tidak cukup dengan hanya memakai tudung di kepala.. Perlu di ketahui tudung wanita itu ada EMPAT jenis .. Im not mean the shawl, turban and etc.. Nak tahu apakah 4 jenis tudung tu ?? Mai cheq nak habaq( penang mali maa :) )

1... Tudung pada wajahnya... Apa ertinya, tudung pada wajah : jangan sampai wajahnya mengundang fitnah, kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi(lelaki ajnabi tu maksudnya lelaki yang tak halal dengannya.. yang boleh kahwin dengan dia).. faham tak? tak paham ?? baik, contohnya camni.. seorang wanita itu tak perlu la letak gambar dia dalam FB.. sedarlah ianya hanya akan menambahkan catatan di sebelah kiri awak je.. (menambahkan dosa la maksudnya). 

2... Tudung pada mata.. Maksudnya, jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Seorang solehah yang hakiki adalah yang tidak memandang , dan tidak pula dipandang.

3... Tudung pada suara.. jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona..

4... Tudung pada hati.. iaitu mengingati Allah, dengan tasbih Siti Fatimah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Nak jadi wanita solehah itu sebenarnya mudah, tetapi apakah diri ini mampu? Sesungguhnya kasih dan sayang Allah itu maha besar. Wanita solehah dijanjikan oleh-Nya boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang diingini. Tetapi yang peliknya, ramai pula wanita tika ini semacam tak hairan ja dengan tawaran tu? Ah, kata orang! syu sendiri bagaimana??

"ISLAM IS THE ONLY WAY FOR US TO LIVE A REAL LIFE HERE AND AFTER"

Mencari keredhaan Allah SWT,
- Nur Syuhada-

old post / new post