blog nursyuhadasaedin





Hati oh hati ..
Sunday, 3 June 2012 | 3.6.12 | 0 comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum


Hati ini sifatnya berbolak-balik.Hati juga merupakan tempat bersemayamnya segala jenis perasaan.Rasa cinta, kasih, sayang & suka. Semuanya datang dari hati.Rasa bencin,iri,dendam dan marah juga asalnya dari hati.If heart  is controlled by positive feeling, amalan yang dilahirkan juga positif and vice versa.

       Jangan tak tahu, tubuh badan manusia sangat dominan dikawal hatinya. Ikut saja kata hati... sampai ada masanya negative feeling more than positive feeling. For example, pujian. Jika hati dikawal perasaan positif, kita akan suka memuji orang, ikhlas sekali. Tetapi jika hati dikawal negatif, kita lebih suka dipuji,ikhlas jauh sekali.. ha terbalik sudah..adehh.. Apa sahaja dilakukan untuk mendapatkan pujian, sanjungan dan penghargaan. Sometime siap boleh bagi warning lagi; puji macam tak ikhlas aje??(selalu dengar, betul tak?)

      Rumit kan nak jaga hati?.. Rumit gilerr.. hehe.. Everytime hati terdedah untuk melakukan maksiat.Ada kalanya, bukan kehendak kita. See other people behavior, heart start to talk. Kalau puji tak apa juga, ini mengeji.. memang tak patut la kan.. Mendengar caci-maki orang, hati juga akan berdetik. Orang ni dah kenapa maki aku tak tentu pasal, nak dengar aku maki pulak ke?? 

     Astaghfirullah, Ya ALLAH susahnya menjaga hati .. Dalam hati ada naluri. Dalam hati ada sanubari. Memang tak dapat dinafikan maksiat hati sukar dihalang tetapi boleh dielak. Remember ALLAH always, beristighfarlah setiap masa. Didik hati untuk mengutamakan ALLAH dalam semua perkara. Jika hendak buat sesuatu, fikir lah dahulu tindakan yang akan dilakukan ini.. ALLAH suka atau murka?? Jangan main redah ja.. Dengan itu, insya-Allah hati akan dibimbing tanpa kita sedari.. 

Syu akhiri entry kali ni dengan 2 doa yang boleh diamalkan selepas solat untuk mendidik hati agar tidak menyeleweng atau berbolak-balik tanpa kawalan..

"Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu dan berbuat taat kepada-Mu."

"Ya ALLAH... bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadat kepada-Mu."

p/s: syu tak dapat sediakan doa tersebut dalam bentuk tulisan jawi.. teknikal problem. Artikel ini bebas di copy paste.. :)
Sifat mazmumah merosak diri
Menjadi penghalang redha ILAHI
Punca semuanya dari hati 


Inspirasi: Kau Hadir Dalam Munajatku
Diedit: Nur Syuhada

old post / new post