blog nursyuhadasaedin





My first day ^_^
Thursday, 29 November 2012 | 29.11.12 | 0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.. ok before syu start BebElAn syu , jom kita selawat ke atas nabi junjungan kita dahulu iaitu Nabi Muhammad SAW dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara seislam kita yang syahid di Palestin.. Mudah-mudahan mereka peroleh kedamaian suatu hari nanti.. dan semoga Israel yang kejam diberi pengajaran oleh Allah SWT .. Amin..

ok jom mula.. nampak tak tajuk tu ?? My First Day ?? day apa ya ?? hehe
sebenarnya nak kongsi tentang hari pertama syu ambil peperiksaan STPM iaitu pada 19 November 2012 .. pada hari Isnin bersamaan dengan 5 Muharram tahun 1434 Hijrah.. hari bermula macam biasa .. Bangun pukul 5.00 pagi .. rujuk nota-nota kecil untuk re-fresh balik semua yang di ulangkaji pada malam sebelumnya .. solat sunat and solat subuh.. siap-siap nak gi pusat peperiksaan... syu tak periksa dekat sekolah sendiri disebabkan calon STPM sekolah syu cuma 5 orang saja .. Jadi kami berlima terpaksa menumpang sekolah lain .. huhu ok on the way pergi pusat tu naik moto.. and sudah semestinya la bukan syu yang drive .. lesen pun tak da.. hehe so my BFF (best friend forever) insyaAllah till Jannah la yang kena jadi driver syu.. hehe terasa diriku bak MEM besar gitu... Ada driver tu... hehe

ok untuk mengelakkan entry syu kali ni panjang berjela-jela , syu pendekkan cerita.. semasa nak melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan , biasanya syu akan iringi langkah syu bersama dengan doa tatkala kaki kanan akan mencecah lantai bilik tersebut .. (wahh ayat sastera gitu : P) .. ok , terlafazla ..........


Ha nampak tak doa apa ?? hehe masa tu syu dah duduk dekat meja syu dah.. baru la syu teringat tadi syu tak baca doa yang sepatutnya syu baca .. "eh aku baca doa apa tadi ?? Ya Allah, doa tidur!!" mahu ja syu keluar semula and baca doa yang betulnya .. tapi dah terlambat sebab masa menjawab dah nak mula.. huhu dalam fikiran .. "Ya Allah, jangan la aku tertidur pula masa menjawab soalan nanti" .. doa yang betulnya ini ....

maksudnya : " Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah "

Ha apa lagi habis ja masa menjawab , keluar dewan tersengih sorang-sorang la syu.. Alhamdulillah la dapat jawab dengan lancar and tak mengantuk langsung.. hehe Thank you Allah ^_^ sebab faham niat sebenar syu.. huhu

sebelum syu akhiri entry kali ni.. syu tinggalkan beberapa doa ketika menghadapi peperiksaan :


Surah Taha : 25-26
Maksudnya : " Wahai Tuhanku, terangilah hatiku (dadaku) dan permudahkanlah urusanku. "   


Surah ar-Rahman : 1-4
(Setelah membaca ayat ini barulah memohon doa apa yang kita hajati)



Surah al-Insyirah : 5-6
maksudnya : " Maka sesungguhnya dalam tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan, sesungguhnya dalam tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan."

(Sentiasa diulang-ulang semasa melihat soalan yang agak susah.)


p/s : Moga entry kali ini bukan sekadar perkongsian kosong ja tapi diharapkan memberi manfaat kepada anda semua dan juga diri syu ^-^ .. Doakan untuk syu ya .. exam belum habis .. ada lagi dua paper.. huhu 


Salam Mahabbah buat semua dari : syu ^_^

old post / new post