blog nursyuhadasaedin





misi terlaksana!! ^_^
Friday, 11 January 2013 | 11.1.13 | 0 comments




Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah dapat curi masa nak masukkan entry kali ni.. huhu maaf la sebab biarkan blog ni tak terisi selama beberapa minggu.. memandangkan permintaan untuk tudung labuh koshibo berbatu yang syu jahit tu semakin meningkat, syu terpaksa hadkan masa dengan blog syu.. huhu .. sampaikan nak tulis entry baru pun kena curi masa ..  terima kasih kepada customer yang comel kerana sudi bermuamalat dengan syu.. apa yang bagusnya , mereka bukan sahaja bermuamalat dengan syu malah mereka juga ada memberi beberapa idea untuk lebih memantapkan lagi produk yang syu keluarkan.. SYUKRAN sesangat ^__^

Alhamdulillah design yang pertama berjaya dikeluarkan  dan alhamdulillah juga kerana mendapat sambutan dan sokongan ramai.. InsyaAllah design yang kedua akan dikeluarkan.. Guess how it look ?? nak tawu?? setia la dengan blog syu .. insyaAllah syu akan upload gambar untuk design yang kedua .. :) apa pendapat korang kalau syu nak keluarkan produk tudung labuh koshibo yang khas untuk dipakai sewaktu walimatul urus atau majlis akad nikah ??..  syu juga berhasrat nak keluarkan selendang labuh yang dijamin labuh menutupi dada.. 

oohh yaa... tawu tak, malam semalam around 12.30 a.m syu ada cuba buat SHAWL HALFMOON yang tengah famous sekarang ni tu ( buang tabiat syu ni menjahit tengah-tengah pagi buta) .. keinginan nak jahit SHAWL HALFMOON ni timbul sejak syu merayap dalam butik online ... banyak yang jual shawl tu tapi kebanyakannya kurang labuh.. so , mula la syu set up in my mind , why not kalau aku cuba buat sendiri kan ?? hehe hasilnya insyaAllah lebih memuaskan hati .. sebabnya kita tawu citarasa kita macam mana .. betul tak ??...  Alhamdulillah , walaupun agak herot beqot sikit potongan kainnya , hasilnya memang memuaskan hati syu .. BERJAYA JUGA SYU HASILKAN SHAWL HALFMOON sendiri .. :)  em apa pendapat korang semua kalau syu nak keluarkan juga produk shawl halfmoon yang labuh ni ??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 InsyaAllah syu akan buka satu page khas untuk memudahkan urusan jual beli .. tapi yang menjadi masalah pada syu, pemilihan nama untuk page tersebut .. em tak tawu nak letak nama apa ... ada cadangan tak ?? tolong syu pilih nama boleh ??? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cadang nak tulis entry pendek ja .. last-last panjang jugak jadinya .. itula lama sangat biar blog tak ber'entry' baru ,kan dah banyak benda nak cerita .. hehe  .. ok la rasanya baik syu stop kat sini dulu.. kalau tidak boleh bertukar kepada ensiklopidia entry syu ni nanti.. 

haa!! jangan lupa ya tinggalkan pendapat dan cadangan korang untuk tulisan yang di highlight di ruang komen atau di chatbox.. sangat memerlukan jasa baik anda semua ^____^


regard,
syu

old post / new post