blog nursyuhadasaedin





apakah adab-adab bertutur ??
Wednesday, 27 February 2013 | 27.2.13 | 0 comments


shhh !!! diam-diam .. baca apa yang syu tulis ni !! ;)
ambooiii tak habis-habis bercakapppppp ja awak ni kan *tak pasal-pasal awak yang kena* ..
ehh terlupa la
Asssalamualaikum ~~~
"apasal kau suruh aku diam tadi ?? aku manusia , memang la bercakap ja kerja aku"
 ok syu tahu awak manusia .. hehe 
Biasa la manusia , selagi boleh bercakap, memang tak ada noktah sampai kesudah .. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang kita cakap tu, pernah tak kita fikir , percakapan kita selama ni berbaloi ka untuk kita ? maksud syu , adakah ianya lebih menjurus kepada keberuntungan atau kerugian ?? berfaedah atau melalaikan kita ?? Berunsur kebaikan atau keburukan ??
* mak ai banyaknya soalan kau ni syu , dah macam peguam menyoal saksi*

Rasulullah s.a.w pernah menyebut di dalam hadis yang bermaksud : "Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau, lebih baik diam."
(HR Bukhari dan Muslim)

Bukan tak boleh bercakap tapi kena la patuhi adab-adab bercakap .. bukannya main sembur ja bila bercakap ..sebelum syu tutup 'warkah cinta' ini , syu tinggalkan beberapa guideline dalam kita bertutur .. jika semua ini kita patuhi dan amalkan , insyaAllah percakapan yang dikeluarkan tidaklah sia-sia.. 

1. Pertuturan itu jelas dan benar 
ada disebut di dalam hadis Aisyah r.a: "Bahawasanya perkataan Rasulullah s.a.w itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar."(HR Abu Daud)

2.Seimbang dan menjauhi daripada berlarut-larutan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara."

3.Hindarkan daripada banyak berbicara.
sebab apa ? dikhuatiri oarang yang dengar akan bosan dengan kita.
Diriwayatkan oleh Abu Wa'il dalam hadis yang bermaksud:"Adalah Ibnu Mas'ud r.a senantiasa mengajar kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki:" Wahai Abu Abdurrahman(gelaran Ibnu Mas'ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud: 'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginannmu, hanya aku khuatir membosankan kam, kerana aku pun pernah meminta yang demikian kepada Rasulullah s.a.w dan beliau menjawab khuatir membosankan kami," (HR Muttafaq 'alaih)

4.Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.
Hadis dari Anas r.a ada mengatakan bahawa:
"Adalah Rasulullah s.a.w jika berbicara maka baginda mengulanginya sebanyak tiga kali, sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam sebanyak tiga kali." (HR Bukhari)

5.Menghindari mengucapkan kata-kata yang bathil
Maksudnya kat sini .. hindari daripada mengucapkan perkara-perkara yang tak elok .. perkataan-perkataan yang kesat ..

6.Menjauhi perdebatan yang sengit
"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (Ahmad dan Tirmizi)

7.Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji." (HR Tirmizi dengan sanad sahih)

8.Menghindari banyak bergurau
Memang seronok dapat ketawa kan ?? tetapi Rasulullah s.a.w berpesan:
"Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa." (HR Bukhari)

9.Hindarkan daripada menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
"Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (HR Abu Daud dan Tirmizi dan ia menghasankannya)
Larangan ini juga berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Hujjurat, ayat 11.. *sila buka tafsir al-Quran*

10. Menghindari dusta
sabda Rasulullah s.a.w:
 "Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara, berdusta, jika ia berjanji, mengingkari dan jika diberi amanah, ia khianat." (HR Bukhari)

11.Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba

12.Berhati-hati dan adil dalam memuji 


Wallahualam
*sumber:majalah iman*

warkah cinta,
syu



Labels:


old post / new post