blog nursyuhadasaedin





Jin Cinta .. Apakah??
Friday, 1 March 2013 | 1.3.13 | 8 comments


Assalamualaikum..
werrkkkkkk :P

ok budak ni memang buat muka nak mintak penampar kan ??!! hehe *tak sanggup nak tampar .. comelll sangat...*

ok dah back to the topic !
Pernah dengar tak 'jin cinta'? tahu tak apa itu jin cinta ??
ok, dalam warkah ni syu nak kongsi ilmu yang syu dapat dari sebuah buku yang syu baca ..
~~~~~~~~~~~~

Mula-mula mari kita kenal apa itu jin cinta ?
Jin cinta ni merupakan sejenis jin yang boleh meresap masuk ke dalam tubuh mangsa dan bersatu dengannya ..*jangan tanya macam mana jin tu bersatu dengan tubuh kita .. syu belum jumpa jawapannya .. hehe*

"apa pulak punca-punca kerasukan jin cinta ni syu ??"
nak tahu puncanya ?? teruskan membaca ....

Mendedahkan aurat di dalam rumah tanpa berzikir kepada Allah SWT. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh sendiri.Tanpa mereka sedari jin cinta memerhatikan setiap gerak-geri mereka hingga akhirnya mereka dirasuk.

Tidur dan mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan berbogel.


"syu, macam mana kita nak tahu yang kita kena rasuk dengan jin cinta ??"
ok ni jawapannya .. antara simptom-simptom kerasukan jin cinta ialah :

Jin cinta ni kalau awak nak tahu, kuat cemburunya. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia akan memilikinya. Sekiranya mangsa adalah pasangan suami atau isteri, jin ni menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan rumah tangga mereka sehingga akhirnya berlaku penceraian.

ok, jika mangsa belum berkahwin, ia akan mengubah wajah mangsa hingga kelihatan buruk dan tidak disenangi di mata orang lain. Sebab apa ? ini bertujuan menghalang orang lain daripada terpikat dengan mangsa dan mungkin menjadikannya sebagai pasangan.


Sekiranya simptom-simptom ini ada pada awak , jangan takut.. ada rawatannya..teruskan membaca untuk tahu rawatannya .. *aip jangan malas .. tahu entry ni panjang .. tapi awak kena habiskan jugak.. hehe*
 For your information, nak mengeluarkan jin cinta ni adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi kalau ia dah sebati dengan diri dan jiwa awak .Namun, kaedah yang paling berkesan mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.Mesti awak pun tahu yang kebanyakkan jin akan mati terbakar apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan di hadapan mangsa..

ok ni antara ayat-ayat al-Quran yang boleh dibaca :
  Surah al-Baqarah *baca keseluruhan ayat*
Surah Yunus *baca dari ayat 23 hingga 43*
Surah al-Nur *baca terutamanya ayat mengenai fitnah*
Surah al-Rahman.
Berdoa dengan doa perlindungan daripada gangguan jin:
بِسْمِ اللهِ آمَنْتُ بِاللهِ اعْتِصَمْتُ بِاللهِ تَوَ كَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَ حَوْ لَ وَ لاَ قُوَّ إِلاَّ بِاللهِ 
Maksudnya: "Dengan nama Allah, saya berlindung kepada Allah, saya pasrahkan diri kepada Allah, tiada apa daya dan kekuatan melainkan Allah SWT."

 Jin ini juga boleh dipujuk dengan membaca ayat-ayat al-Quran agar beriman dengan Allah dan memeluk agama Islam. Jika berjaya, dengan sendirinya jin ini akan melepaskan mangsanya..

Ok setakat itu sahaja warkah kali ini.. moga mendapat manfaat daripada warkah ini ..
insyaAllah jumpa lagi di warkah yang lain..

Wallahualam.
*sumber: terapi Ruqyah*

 sekadar berkongsi,
syu


Labels:


old post / new post