blog nursyuhadasaedin





Jin Kubur ..
Saturday, 2 March 2013 | 2.3.13 | 0 comments

Assalamualaikum.. 
haha tengok, baby tu terkejut baca tajuk warkah syu kali ni.. *muka terkejut pun masih comell dia ni*
alhamdulillah .. awak masih setia membaca warkah syu.. terima kasih awak .. ^_^
ok kali ni syu nak kongsi apa yang syu baca dengan awak..kalau sebelum ni syu kongsi tentang jin cinta *klik sini* .. kali ni tentang J to the I to the N to the K to the U to the B to the U to the R ...  JIN KUBUR ...!! selalunya bila sebut ja kubur mesti terasa semacam kan .. takut la apa la.. hakikatnya , manusia akan 'menginap' dalam kubur jugak nanti .. 
"eleh syu, kau kata dekat orang .. kau sendiri pun pecah peluh dengar tentang kubur .."
ok fine memang syu agak penakut .. *takut sikit saja k .. :P*
ok dah jangan buang masa .. back to the main topic.. Awak tahu tak apa itu jin kubur? tak tahu .. ok biar syu bagitahu awak..
Jom baca lagi ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jin ini adalah sejenis jin yang menjadikan kubur atau makam lama yang terpencil sebagai tempat tinggal mereka. Selain itu, kebun-kebun yang mempunyai kubur juga menjadi perhatian mereka.

"iyaka syu ?"
iya.. betul ..
"tapi tapi .. kenapa seseorang tu boleh kena rasuk dengan jin kubur syu ??"
apa ? jin kubur syu ??? syu belum mati lagi la ! *ok just kidding*

ok nak tahu  sebab-sebab kerasukan jin kubur ni ? baca bawah ni ya awak .. 
Menjerit dan bertempik dengan suara yang kuat ketika awak berada di tanah perkuburan.
Terjatuh ke dalam liang lahad.
Meninggalkan zikirullah ketika berada di dalam kawasan perkuburan.

ha , awak ada buat tak benda-benda dekat atas tu bila awak berada di kawasan perkuburan.. kalau ada , baik awak jaga-jaga .. 
"eh syu, kau saja kan nak takutkan orang.."
hehe.. tak da la .. syu cuba mengingatkan awak ja .. *sensitive betul budak ni*
"huhu takutnya kalau-kalau saya 'terkena' dengan jin kubur ni .. syu, cepat la bagitahu macam mana kita nak tahu oarang tu kena rasuk dengan jin kubur .. "
ok ok syu bagitahu .. *tak menyempat betul budak ni*

antara simptom-simptom kerasukan jin kubur ialah:
  Bintik-bintik merah seperti bisul muncul diseluruh tubuh pesakit atau pada anggota-anggota tertentu.
Mangsa kadang kala lupa diri, terutamanya ketika malam.
Mangsa suka berada di tempat sunyi dan terpencil, terutamanya di tanah perkuburan.
Kadang kala jin ini hanya merasuk atau menguasai anggota tertentu tubuh seperti tangan atau kaki.
Badan mangsa yang dirasuk sentiasa panas.
Mangsa berasa seolah-olah hendak mati.

ada tak simptom-simptom ni pada awak ?? .. jangan risau , ada rawatannya ..
Bagi membebaskan penderita gangguan jin kubur ini, perawat perlu memperbanyakkan bacaan ayat-ayat al-Quran. Terutamanya surah-surah berikut :

Surah al-Baqarah.
Surah al-Takaathur.
Surah al-Saaffat.

Disamping itu, pesakit juga perlu dimandikan dan dibersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal .. ok faham tak awak ?
kalau faham alhamdulillah..
ok itu saja untuk warkah kali ini..InsyaAllah nanti syu kongsi tentang jin lain pulak .. ^^
wassalam..

...wallahualam..
*sumber: terapi ruqyah*


hanya ingin berkongsi,
syu

Labels:


old post / new post