blog nursyuhadasaedin





Kategori hati ..
Friday, 1 March 2013 | 1.3.13 | 0 comments


Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah.. hari ni kita masih bernafas.. Alhamdulillah , Allah beri saya satu lagi kesempatan untuk berkongsi ilmu hari ini .. Alhamdulillah sebab Allah beri awak peluang untuk baca warkah saya kali ini ^_^ *kita sebagai hambaNYA patut banyak bersyukur kepada Allah kerana banyak nikmat dan rahmat yang DIA beri kepada kita .. walaupun kekadang kita tak sedar semua tu .. :( *

"ambooii syu , sekarang bukan main rajin kau update warkah kau ya .. "
*ada jugak budak ni rupanya*
Alhamdulillah.. tumpang syu ada masa terluang ni syu update la sampai lebam .. hehe *melampau sampai lebam* semangat nak berkongsi ilmu dengan awak la .. 
ok hari ni syu nak kongsi tentang hati ..

"hati? pasal cinta ya syu ? wahh suka-suka.. "
Adehh budak ni . cinta ja yang ada dalam kepala otak dia ya .. tak la kali ni bukan pasal cinta .. Tapi syu nak kongsi ilmu yang syu dapat dari sebuah buku ni.. tentang , kategori hati .. hati kita ni jenis yang baik atau tidak baik.. insyaAllah dalam warkah ini ada menggariskan ciri-ciri hati kita .. so boleh la awak kenal dengan hati awak.. 
"kau ni membebel ja panjang .. cepat la bagitahu .. apa ciri-ciri hati yang baik nya syu ??"
ok ok jangan la marah .. sabar ya.. sabarkan separuh daripada iman ~~
Nah, ni ciri-ciri hati yang baik :
Mengenal Allah yang menciptakan.
Mengasihi Allah dengan mentauhidkan-Nya.
Reda dengan setiap ketentuan Allah.
Bertawakal kepada Allah.
Mengasihi dan membenci kerana Allah.

"oo baru tahu..kalau hati yang tak baik pulak syu . apa ciri-cirinya ?"
ok ni ciri-ciri hati yang tidak baik :
Meletakkan pemujaan, pengharapan, dan kecintaan selain daripada Allah.
Dosa-dosa kecil apabila terhimpun mampu mematikan hati.
Lalai dan leka yang disukai nafsu sehingga meringankan perkara yang Allah perintahkan.
Memandang kecil dan meremehkan perkara yang Allah redhai.
Tidak berserah diri dan tidak bergantung harap kepada Allah.
Tunduk kepada perkara lain selain daripada Allah.
Tidak redha dengan ketentuan Allah.
Ragu-ragu dengan janji Allah berkaitan syurga dan neraka.


itula ciri-ciri hati yang baik dan tidak baik .. sekarang awak dah boleh tahu kategori hati awak berada di pihak yang mana ?? kalau dah tahu , alhamdulillah.. kini awak boleh kekalkan kedudukan itu atau perbaiki hati awak supaya mencapai hati yang baik .. JAGA HATI KITA .. INGAT ALLAH YANG DISAYANGI.. ^_^

ok itu saja untuk warkah kali ini .. jumpa awak lagi di warkah yang lain..

...wallahualam...
*sumber: istikharah cinta*

hanya berkongsi,
syu

Labels:


old post / new post