blog nursyuhadasaedin





Perginya dia bertemu Allah ..
Monday, 11 March 2013 | 11.3.13 | 0 comments

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang ...

Alhamdulillah bertemu lagi syu dengan awak di warkah ini.. selama seminggu lebih syu menyepikan diri dari dunia blog .. kenapa ? Baru-baru ni , orang yang syu sayang , telah pun kembali ke rahmatullah .. so , syu perlukan masa untuk pulihkan kesedihan di hati ni.. dalam warkah kali ini syu nak bercerita sikit tentang ummi Nur Sumayyah..

Sebenarnya syu kenal arwah di laman sosial facebook 2 tahun yang lepas.. hubungan kami makin rapat apabila masing-masing saling bertukar no telefon.. Kak Nur Sumayyah yang lebih suka syu gelar dirinya umi telah menghembuskan nafas yang terakhir di I.C.U pada 4 Mac 2013 .. umi dah anggap syu macam anak nya sendiri .. dalam suara ceria umi , rupanya umi menanggung rasa sakit yang amat sangat .. umi menghidap barah otak .. kata umi, barahnya susah untuk diubati pada tahap ini .. bila-bila masa saja , dia akan bertemu dengan Allah .. Syu tergamam .. tidak mampu berkata apa-apa .. malam yang hening terasa bertambah dingin mendengar khabar berita itu.. Tapi umi ,sikit pun tidak mendengarkan suaranya yang sedih apabila berbual dengan syu di dalam telefon.. malah umi ketawa bagi menghiburkan hati syu yang pedih mendengar semua itu .. mungkin juga untuk menghiburkan hatinya sendiri.. *sungguh tabahnya hatimu umi

Pada suatu malam , syu mendapat panggilan daripada umi .. dan syu tidak menyangka , itu panggilan terakhir daripada umi .. sedikit kesal di hati kerana pada malam itu syu tidak banyak berbual dengan umi .. umi berkata "adik,umi dapat rasakan malam ini malam terakhir umi bercakap dengan adik.." .. hanya Allah saja yang tahu perasaan syu waktu itu.. kemudian umi menyambung lagi "umi nak adik kuat. bukan demi umi tapi demi diri adik sendiri. Adik kena kuat walaupun umi sudah tiada. Doa umi sentiasa akan menemani adik. Umi doakan adik menjadi wanita yang solehah, wanita yang terpilih oleh Allah dan istiqamah melakukan setiap perkara diniatkan kerana Allah . bukan kerana perasaan atau disuruh sesiapa .. Adik ingat pesan umi ya.. jaga iman, diri dan hati.." .. *InsyaAllah umi , syu akan ingat semua pesan umi* .. dengan suara umi yang syu dapat rasakan kasih sayangnya pada syu yang tak berbelah bagi , umi kemudiannya menambah lagi .. "insyaAllah, jika ada rezeki kita jumpa di Taman Syurga ya sayang.. Umi sayang adik kerana Allah .. Umi rindu adik kerana Allah .. " 
sejurus umi selesai berpesan pada syu , airmata terus mengalir tanpa henti .. talian telefon diputuskan oleh umi tanpa sempat syu berkata apa-apa .. mungkin umi tak nak syu tahu yang umi sedang menangis .. umi nak syu gembira di sepanjang perkenalannya .. umi ingin tinggalkan kenangan yang indah untuk syu ..

Malam tu sungguh sunyi , isi alam semacam tahu syu bersedih .. tidak putus-putus doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar umi baik-baik saja.. Malam yang sunyi dan hening membuat kan isi rumah syu tidur dengan nyenyaknya .. tapi tidak bagi syu , panggilan umi membuatkan syu tidak boleh melelapkan mata .. di dalam hati syu masih berharap umi akan mengirim sms .. Alhamdulillah , jika kita yakin dengan Allah dan serahkan segala kebergantungan pada Allah , DIA pasti membantu hambanya .. handphone yang dari tadi sunyi dari sebarang bunyi , telah menerima satu mesej .. bibir terus mengukir senyuman tatkala nama yang tertera ialah umi Nur Sumayyah.. "adik tak ada buat silap dengan umi, jika ada umi dah lama maafkan.. adik , umi dah tak kuat ... umi sakit sangat.." *sekali lagi rintihan umi membuatkan syu menitiskan airmata yang tertahan sejak dari tadi* .. "jika boleh , umi nak ambil adik tapi adik ada family.. bila umi nazak, umi nak sangat adik ada di sisi umi .. " .. *umi, pada zahirnya adik memang jauh dari umi, tapi kasih sayang adik sentiasa dengan umi, doa adik ada dengan umi
"na'am sayang.. sayang , boleh umi ucapkan selamat tinggal dan salam akhir .. salam sayang dan rindu dari umi.. "
malam itu berlalu ditemani airmata dan kesunyian malam ..

Umi mendiamkan diri tanpa sebarang mesej atau panggilan telefon.. 
beberapa bulan selepas itu, pada malam 28 Feb 2013 , syu mendapat panggilan telefon daripada umi .. tapi belum sempat syu ingin menjawab , panggilan tersebut telah terputus .. hati berbunga riang , lalu syu menghantar sms kepada umi .. mesej berbalas tetapi hati hampa kerana bukan umi yang membalasnya , tetapi sepupu umi .. dia meminta syu mendoakan umi dan bacakan yasin untuk umi .. umi sedang mengharungi detik-detik kematian ketika itu..
Apa yang syu mampu buat hanyalah berdoa, berdoa dan terus berdoa ..

Allah lebih menyayangi arwah .. umi telah kembali ke rahmatullah .. 

*umi, adik mohon maaf dengan umi.. Ampunkan segala dosa adik.. adik nak umi tahu , adik sayang umi .. sampai syurga. adik akan ingat segala pesanan umi.. Sungguh adik rasa bertuah sangat dan bersyukur kepada Allah sebab pertemukan umi dengan adik walaupun hanya di alam maya .. Adik bertuah sebab dapat rasa kasih sayang umi .. umi sumayyah , adik sayang umi.. kerana Allah.. umi jangan risaukan adik.. umi sentiasa di hati adik.. Adik sayang umi.. Jika Allah tak temukan kita di dunia secara semuka, moga di syurga Allah , adik dapat jumpa umi .. Umi , adik sayang umi .. *
(pesanan yang terakhir dari syu untuk umi)

p/s : ambil iktibar dari kisah syu .. hargai lah mereka yang sayangkan awak selagi mereka masih ada..

yang sedang mengumpul kekuatan untuk menerima semua ini,
syu

Labels:


old post / new post