blog nursyuhadasaedin





Bahana cinta facebook
Thursday, 20 June 2013 | 20.6.13 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum si manis humaira blogger-emoticon.blogspot.com dan si kacak blogger-emoticon.blogspot.com

ok terus kepada point sebenar .. dalam akhbar hari tersemat cerita seorang gadis terpedaya dengan cinta facebook .. so , jom baca dengan lebih lanjut ..

Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol

MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek  membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.



Allahuakbar ..:face29: muslimat kini harus lebih bijak dan berhati-hati.. jangan mudah percaya dan cair dengan pujuk rayu lelaki2 di facebook.. Jangan terlalu berani untuk berjumpa dengan kenalan facebook yang kita tak pernah tahu asal-usulnya sebelum ini .. terutamanya lelaki la ya .. semoga kita semua mengambil iktibar dari kisah ini .. 

ILA MARDHOTILLAH
* let it be our destiny *

Labels:


old post / new post