blog nursyuhadasaedin





Bahayanya 'SYIAH' !!
Thursday, 20 June 2013 | 20.6.13 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum si manis humaira :face40:

Alhamdulillah masih di beri peluang bernafas pada hari ini. Masih dapat menggunakan mata melihat keindahan alam ciptaan-NYA .. Masih dapat mendengar alunan2 dzikir dan bacaan ayat suci al-Quran.. Alhamdulillah semua anggota dan pancaindera masih lagi di beri peluang olehNYA untuk berfungsi dengan baik agar kita dapat melakukan ibadah , menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu supaya diri dapat menjadi insan yang lebih baik .. kali ni syu nak mengajak si manis dan si kacak semua gunakan nikmat penglihatan yang Allah beri untuk membaca entry ini .. *entry yang lain pun baca juga ya :face64: *

ha tu diaa, panjang pula mukadimmah kali ni ya .. Alhamdulillah usai solat subuh tadi, terjentik tangkai hati syu untuk berkongsi dengan si manis semua tentang "SYIAH" .. syu akan kongsikan secara ringkas mengikut apa yang syu tahu dan faham ok.. kalau ada yang salah dan silap sila tegur syu ya ! :face39:
           Si manis semua mesti dah tahu di Malaysia sekarang ni fahaman "SYIAH" dah menular dengan luasnya .. Dah banyak markas2 syiah ditubuhkan.. 

Ok apa itu SYIAH  blogger-emoticon.blogspot.com .. Syiah ni sebenarnya fahaman terpesong yang di bawa atas tiket agama Islam. fahaman akidah.. Syiah ni dulu pengikut saidina 'Ali. Mereka membenci sahabat2 nabi yang lain. Saidina 'Ali baik sahaja. Tapi mereka ini yang membuat fahaman sendiri dan terpesong terus dari agama Islam yang sebenar.. Dan mereka juga membenci ahli sunnah wal jamaah (kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bida'ah) .. Mereka tak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Mereka lebih mengagungkan saidina 'Ali. Mereka juga menganggap semua ahlu bayt adalah maksum (terpelihara dari melakukan dosa). Mengikut ahli sunnah wal jamaah ahlu bayt ialah ahli keluarga Rasulullah dan mereka diharamkan menerima zakat.. Mengikut syiah pula, ahlu bayt ialah Saidina 'Ali, Saidina Hasan, Saidina Hussin, Saidatina Fatimah dan keturunan mereka. Mereka ini dianggap maksum.. 

       Syiah juga tak terkecuali berpecah kepada banyak golongan.. namun yang paling sesat lagi menyesatkan adalah syiah Imamiah (imam dua belas), syiah rafidhah, syiah Alawiyah (contohnya basyar al-assad & keluarganya), syiah fathimiah (syiah mesir yang ditumpaskan oleh Salahuddin al Ayubi sebelum peristiwa pembebasan Palestin) dan sebagainya..

          Si manis nak tahu tak , kalau di 'arab saudi' "SYIAH" ni sudah di anggap murtad. Waktu musim haji mereka tak dibenarkan masuk.. Sebenarnya sangat pentingnya ilmu supaya kita kenal dan jauhi golongan2 ni..

bagi mereka (syiah) :
blogger-emoticon.blogspot.com Allah menjelma dalam jasad saidina 'Ali.
blogger-emoticon.blogspot.com Darah sunni adalah halal ditumpahkan (dibunuh).
blogger-emoticon.blogspot.com menghalalkan nikah mutaah (nikah kontrak tanpa wali, mas kahwin, ada had masa) nikah & hubungan intim ini dibolehkan ke atas bayi perempuan, sesama mahram, isteri orang dan sebagainya.
blogger-emoticon.blogspot.com menghukum semua sahabat Nabi sebagai kafir kecuali Saidina 'Ali, Salman al-Farisi dan ahlu bayt yang lain.
blogger-emoticon.blogspot.com memanggil Saidatina Aisyah sebagai pelacur berikutan kisah beliau tercicir rombongan Nabi dan pulang ke Madinah bersama sahabat Nabi, Shafwan.
blogger-emoticon.blogspot.com menyembah dan menghias kubur.
blogger-emoticon.blogspot.com mereka pandai berpura2 (taqiyyah/hipokrit) justeru mereka takkan sekali kali mengaku mereka adalah syiah .. semakin banyak berbohong semakin tinggi darjat mereka.

ok tu adalah antara ciri2 syiah .. sebenarnya banyak lagi tapi itu yang syu tahu la.. huhu blogger-emoticon.blogspot.com.. cara solat mereka pun berlainan .. So, kepada muslimat, sebelum bernikah "SILA SELIDIK DAHULU AQIDAH CALON SUAMI ANDA" ..boleh  perhatikan cara dia solat yang berbeza dengan solat Nabi. Contohnya solat jamak tanpa rukhsah, mencaci Saidina Umar, Abu Bakar dan Uthman, Muawiyah, Saidatina Aisyah dalam tahiyyat akhir .. penting untuk kita tahu semua tu sebab , lepas kita nikah, suami yang akan jadi imam solat kita .. kalau solatnya melencong dari ajaran sebenar maka solat kita pun sama la melencongnya ..

Alhamdulillah .. macam mana ? ringkas tak penerangan syu ? boleh faham tak ? *syu tipu! kata ringkas.. ini dah macam karangan 350 patah perkataan dan ke atas!:face11:* hehe.. ok syu minta maaf ya ..terpanjang pula. tak sengaja .. hehe .. apa salahnya kan? kalau novel yang beratus muka surat kita boleh habiskan baca, inikan pula entry ni .. tak berapa panjang kalau nak di bandingkan dengan novel awak tu kan ??:face44: ..

Syu harap dengan pengetahuan yang kita dapat ni , kita akan lebih berhati2 dengan golongan ini..  Ingat , mereka macam kita juga , berjubah , bertudung labuh , berkopiah .. Jadi susah kita nak cam dengan hanya  perhatikan luaran nya saja kan .. so perhatikan jugak kelakuannya ya !

*untuk penerangan yang lebih lanjut klik link di bawah*

Semoga kita bertemu lagi di lain entry !
blogger-emoticon.blogspot.com

Wallahu a'lam

Labels:


old post / new post