blog nursyuhadasaedin





Sunnah : Cara Rasulullah makan
Friday, 21 June 2013 | 21.6.13 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum si manis humaira
blogger-emoticon.blogspot.com


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat serta kaum keluarga baginda.

Seperti si manis dan si kacak tahu , Rasulullah SAW adalah contoh dan insan terbaik bagi diikuti dalam segala perlakuan dan tindakan. Rasulullah saw adalah utusan Tuhan kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Segala bentuk amalan, perbuatan serta tingkah laku Rasulullah saw menjadi sunnah yang perlu dicontohi dan dipraktikkan oleh umat Islam..
Kalau kita ikut sunnah Rasulullah SAW kita dapat pahala.. siapa tak nak kumpul pahala kan ? bekalan kita diakhirat kelak ... 

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun


Jadi , mari kita hidupkan sunnah Rasulullah SAW.. InsyaAllah syu akan kongsikan sunnah-sunnah Rasul yang syu tahu .. untuk entry kali ni , syu nak kongsikan cara Rasulullah makan ..

Kenapa kita makan menggunakan tangan? *even ada ja yang gunakan sudu..:face12: hihi* ok jom baca lagi ..
Mangikut cara Rasulullah SAW, sebelum Rasulullah makan, Rasulullah saw akan mencampuradukkan ( bahasa senang faham is menggaul :face34: ) lauk dan nasi dengan tangan kanan , kemudian dibiarkan sebentar.. Kemudian Rasulullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu menghisap garam itu. Kemudian baru la Rasulullah makan makanan tersebut . *si manis dan si kacak pula buat apa sebelum makan ??:face28: *

    Si manis dan si kacak nak tahu tak , kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim. *mungkin ada yg dah tahu* .. Namun, konsentrasi di tangan kanan kurang sikit daripada tangan kiri.. sebab apa? sebab enzim yang ada di tangan kanan adalah enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Ia adalah proses penghadaman yang pertama.

    Badan kita ni memerlukan sumber mineral daripada tanah iaitu garam. Dua cecah garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh kerana manusia berasal daripada tanah, jadi lumrahnya bahan yang asal daripada bumi(tanah) ni la yang paling berkhasiat untuk manusia .. kan kan kan ?? :face15:

    Bukan tu ja si manis, garam juga merupakan penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan, di hospital-hospital, rawatan terawal adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu garam.. kalau tak percaya , sila tanya dengan doktor di hospital berdekatan anda ..huhu *atau ada doktor dan bakal doktor yg sedang membaca ni :face57: * .. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia ..

               ok kita beralih pula kepada cara Rasulullah mengunyah.. Kalau kita yang mengunyah , setakat sekali dua ja then terus telan simpan  dalam perut .. lepas tu sembelit .. ye dak ?? hehe blogger-emoticon.blogspot.com .. Tapi , Rasulullah tak .. Rasulullah mengunyah sebanyak 40 kali bagi membiarkan makanan itu betul-betul lumat supaya senang memproseskan makanan tu..

           Dan jangan lupa , baca basmalah sebelum makan ..! Rasulullah membaca basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim) sebelum makan bagi mengelakkan penyakit. Ini kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila basmalah di baca, bakteria dan racun itu akan musnah daripada sumber makanan itu .. 

Alhamdulillah dapat tak apa yang syu cuba sebarkan ni ? lepas ni boleh la amalkan ya .. 
Tapi lepas dah makan mesti nak minum kan ? .. InsyaAllah untuk entry yang seterusnya syu akan kongsikan pula cara Rasulullah saw minum ya .. entry kali ni dah cukup panjang untuk syu sambung sekali .. nanti si manis dan si kacak dah tak fokus membaca .. hehe blogger-emoticon.blogspot.com 

akhir kata : 
TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA

"Berbudi selagi perlu , berukhwah selagi mampu"

Wallahu a'lam
Wassalam
blogger-emoticon.blogspot.com

Labels:


old post / new post