blog nursyuhadasaedin





Kenapa hati menjadi keras ?
Friday, 23 August 2013 | 23.8.13 | 0 comments


Assalamualaikum..

Apa khabar imanmu ?? Allahuakbar lamanya blog ni syu biarkan .. huhu maaf la sibuk dengan persiapan diri.. untuk apa ? hehe adaleee ~~ ok dah jangan buang masa ..

awak suka bercakap tak ? *tipu kalau awak kata awak jenis yg tak suka bercakap* .. hehe tak da la .. syu tahu ada yang jenis pendiam .. syu pun pendiam orangnya .. DUSH !! *pendiam la sangat kan* haha.. syu mengaku syu memang suka bercakap , tambah-tambah kalau dengan orang yang memang rapat dengan syu . normal la kan ?? * eh bukan normal ek? syu sorang ja macam tu ?:131:

Lumrah la kan manusia yang dikurniakan Allah swt nikmat bersuara , memang suka bercakap. Mana boleh lari dari bercakap kan ?
Persoalannya , apabila kita bercakap, percakapan kita itu mengingati Allah atau tidak? Bukanlah bermaksud kita kena berzikir 24 jam .. kalau boleh buat macam tu Alhamdulillah . 

Sebenarnya dalam percakapan biasa pun kita boleh mengingati Allah swt 
Ok macam mana percakapan biasa itu nak dijadikan sebagai zikir kita kepada Allah swt  :face14:

 Kita berbual, ada tak kita kaitkan perbualan kita dengan mengingati Allah swt ? contohnya kita kata "Alhamdulillah kita berjaya buat , syukur Allah yang memudahkan segala urusan .."
itu adalah salah satu kalimah zikir .. Contoh lain , " MasyaAllah, sedap makanan ni . Alhamdulillah Allah bagi kita dapat rasa makanan ni" 

Andai kata kita bercakap perkara yang sia-sia, pesan pada diri , kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita banyak bercakap dan gelak yang sia-sia , ingat ! ini passport yang Nabi bagi clear .. kita berpotensi menjadi orang yang hatinya keras. Nabi bersabda : orang yang paling jauh dengan Allah swt adalah orang yang hatinya keras.. Allah , takutnya kita tergolong dalam kalangan tersebut . :3:

Cuba kita muhasabah diri semula .. adakah apa yang kita cakap dan lontarkan bermanfaat atau tidak? sama-sama kita berdoa supaya percakapan kita menjadi satu kebajikan .

Macam mana nak cegah hati dari menjadi keras ?
InsyaAllah cuba kita elakkan daripada mengumpat , bergosip *err sama ja kan ?? hehe* , cakap perkataan yang kesat .. Semua ni boleh menyebabkan hati kita menjadi keras . dan orang yang hatinya keras , orang tu lah yang paling jauh dari Allah swt .. *ulang semula supaya clear* .. sedangkan kita sebagai hambaNYA sentiasa mengharapkan Allah dekat dengan kita . Supaya apabila kita berdoa , Allah dengar doa kita , Allah makbulkan doa kita . Semua orang memerlukan doa . 

Tapi macam mana Allah nak dekat dengan kita dalam keadaan hati yang keras ?
Mulut kita mengeluarkan kata-kata , dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak .
Telinga mendengar perkataan kita , dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak .
dan semua tu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada Allah swt andai kata kita bercakap perkara yang sia-sia ,"orang ini hatinya keras , dia jauh dari Engkau ya Allah!" ..

ADAKAH KITA ??

sama-sama kita muhasabah diri kita :face36:

Daripada Ibnu Umar r.a , Rasulullah saw bersabda :
"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah swt, maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras . Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras.
-Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi-

Salah satu doa nabi untuk kita adalah agar Allah lembutkan hati kita, jadikan cahaya dalam hati kita, jadikan ketenangan dalam hati kita.
Sebab itu kita disarankan membaca surah Alam Nasyrah dan juga doa untuk menenangkan hati kita 
:17:

Setakat itu sahaja entry kali ni.. InsyaAllah jumpa lagi .
Yang baik itu datang dari Allah . Yang buruk itu kelemahan hambaNya sendiri.

sumber : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Wallahu a'lam
Wassalam
blogger-emoticon.blogspot.com

Labels:


old post / new post